Bukan itu sahaja, individu itu juga dikatakan suka mengambil makanan yang ada di dalam peti milik rakan serumah yang lain tanpa kebenaran.

 

Berak, kencing merata jadi amalan

Lebih parah lagi, dia juga gemar kencing di sinki selain berak merata-rata hingga membuatkan teman serumah yang lain hilang sabar.

 

 

 

“Apa masalah kencing dalam sinki?”

Boleh dikatakan tindakan penyewa itu agak luar biasa, malah tak pernah terfikir dek akal mengenangkan caranya menjalani kehidupan dengan mengabaikan kebersihan sebegitu.

“Aku pun malas tapi taklah teruk macam ni”

Lebih-lebih lagi apabila duduk bersama penghuni yang bukan dari kalangan ahli keluarga dan sebagai manusia waras dan berakal pastinya kita malu untuk berbuat demikian.

“Boleh pula tidur dalam tu”