Lelaki Maut, disedut masuk dalam paip air besar sedang dibaikinya

Lelaki Maut, disedut masuk dalam paip air besar sedang dibaikinya

Seorang pekerja projek saluran paip air di Bandar Taichung, Taiwan dilaporkan maut selepas disedut ke dalam lubang yang baru dibuatnya pada Selasa lalu.

Memetik laporan portal Taiwan English News, lelaki berusia 50 tahun itu bekerja dalam projek penggantian saluran paip bersama Taiwan Water Corporation di daerah Tanzi. Kejadian yang dirakam oleh seorang individu itu telah menjadi tular di media sosial.

Menerusi rakaman itu, mangsa dilihat sedang berdiri di atas paip besi dan telah menggunakan tukul bongkah untuk mengetuk penutup lubang yang berukuran 60×40 cm.

Pun begitu, penutup tersebut dilihat telah pecah dan membuatkan mangsa hilang keseimbangan dan ‘disedut’ ke dalam paip air itu.

Rakan-rakan sekerja mangsa telah berusaha untuk menyelamatkannya dan menariknya keluar dari paip itu, namun mangsa tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di hospital.

Sementara itu, Kementerian Buruh dan agensi lain yang berkaitan dikatakan sedang menyiasat mengenai kejadian itu.

@golfsouthalabamaSo sad… just an old man trying to provide for his family. Prayers go out to them. #fyp #foryou #foryoupage #taiwan #waterpipe #prayers