Lelaki letak IC atas meja ketika makan “Dah mcm SPM…”

Lelaki letak IC atas meja ketika makan “Dah mcm SPM…”

Walaupun tidak berpuasa, ramai orang bukan Islam yang prihatin dengan rakan-rakan mereka yang berpuasa sepanjang bulan Ramadan ini sehingga orang yang berpuasa rasa bersalah kerana seolah-olah menghalang mereka daripada menikmati waktu makan.

Malah undang-undang di mana orang Melayu tidak dibenarkan untuk makan di khalayak ketika bulan puasa juga memberi kesan kepada individu bukan Islam yang mempunyai muka seperti orang Melayu.

Itulah kisah yang dikongsikan seorang pengguna TikTok ini ketika keluar membeli barang dengan rakannya yang bukan Melayu.

@nick_sohide

Si kawan!……

♬ Laughing – Gianluca Marino

Dalam video oleh pengguna atas nama nick_sohide itu, dia berkongsikan rakaman di mana dia dan seorang rakan lelaki duduk di restoran Subway setelah keluar membeli barang.

Oleh kerana waktu berbuka lambat lagi, lelaki tersebut hanya dapat duduk menemani rakannya yang sudah tidak dapat menahan lapar.

Namun rakannya itu menjadi tidak tenang kerana sedar wajahnya kelihatan seperti muka orang Melayu dan takut disalah anggap tidak berpuasa.

Malah dia siap meletakkan kad pengenalannya di tepi meja untuk menunjukkan butiran dirinya agar orang lain tidak salah faham.

Tindakan lelaki tersebut membuat ramai terhibur dan beberapa individu juga faham apa yang dilaluinya.