Lelaki kenalkan jantan tetapi kucingnya terlalu memilih, “Kau ingat kau cantik?”

Lelaki kenalkan jantan tetapi kucingnya terlalu memilih, “Kau ingat kau cantik?”

Apabila memilih jodoh, semua orang mempunyai ciri-ciri idaman yang diinginkan dalam calon pasangan. Namun kita juga sering diingatkan untuk memilih yang sepadan dengan kita dan tidak terlalu memilih atau ‘bercita-cita tinggi’ terutamanya jika diri sendiri masih lagi banyak kekurangan.

Itulah juga yang dapat disaksikan dalam sebuah video lucu ini di mana seorang lelaki cuba mengenalkan kucing jantan dari rumah sebelah untuk dikawankan dengan kucingnya.

Dalam video oleh pengguna Twitter Akeem Sharyzal itu, bapa kucing tersebut berkata anak bulusnya itu selalu bising setiap malam kerana ingin mengawan, jadi dia mengajak kucing jiran ke rumahnya untuk berkawan dengan kucing betinanya itu.

Namun kucingnya yang bernama Snow tidak berkenan dengan pilihan lelaki tersebut. Gelagat lelaki berkenaan cuba memujuk kucing betinanya agar memberi peluang kepada kucing jirannya itu mengundang geli hati apabila kucing jantan berwarna oren itu dimarahi kerana cuba mendekati si Snow.

Lelaki itu akhirnya mengeluh kerana kucingnya terlalu memilih dan bertanya kepada kucing tersebut “Kau ingat kau cantik?” membuat netizen terhibur.

“DAh Ada bf la Tu…”

“betina mmg gitu jual mahal…”

“tak hensem dgn takde duit jgn dekat…”

“mcm dengan manusia…”