Lelaki kecewa lamaran perkahwinan ditolak bapa teman wanita, “Dia elak peluru berpandu…”
Baik lelaki mahupun wanita, tidak dapat digambarkan bagaimana rasanya apabila perasaan terhadap seseorang itu ditolak. Apa yang lebih memeritkan adalah apabila perasaan dibalas orang yang disukai, tetapi ibu bapa pula yang tidak merestui perhubungan.
Itulah yang dilalui oleh seorang lelaki ini apabila dia berkongsikan kekecewaannya di TikTok. Setiap orang mempunyai cara untuk menghadapi dilema itu, sama ada tidak mempedulikan keputusan ibu bapa, terpaksa berpisah untuk menghormati keputusan keluarga, ataupun seperti yang dilakukan oleh pengguna atas nama Safwan ini.
Dalam video yang tular di Twitter, pemuda itu berkata bahawa bapa teman wanitanya tidak bersetuju pengguna TikTok itu berkahwin dengan anak perempuannya.
Her dad is 100% right, you just proved his point wallahi pic.twitter.com/9s0T9BHNEb
— Fendi Kahnelwou (@MuftiMoncler) July 28, 2021
Jadi lelaki tersebut yang kecewa mengajak rakan-rakannya beramai-ramai ke rumah bapa teman wanitanya. Disangkakan ingin merayu atau berlawan dengan bapa gadis tersebut dan meminta rakan-rakannya untuk back up, apa yang mereka lakukan sebenarnya adalah merosakkan kereta bapa teman wanitanya.
Tindakan lelaki itu membuat ramai yang sedar bahawa bapa gadis itu melakukan keputusan yang betul, dan mengatakan gadis itu ‘mengelak peluru’ kerana tidak berkahwin dengan lelaki sepertinya.
“Hanya lelaki boleh tahu perasaan dan niat sebenar lelaki lain…”
Only man can tell what other man's feelings, intentions and who that man really is and her dad is right about it. https://t.co/tbv3QxGeie
— Sensyed (@barbicanbased) July 29, 2021
“Sebab ni lah kita ada wali…”
This why we have walis. Nobody knows a man's character like a man. https://t.co/WDZ6pmpVrd
— dababy's flute man (@EyejustBchilln) July 29, 2021
“Dia mengelak peluru berpandu…”
She dodged a missile https://t.co/vh7pg3ktLp
— قیس (@QAYS_B) July 29, 2021