Lelaki kaya ini tayang rumah pintar undang persoalan ramai
Alat kawalan jauh universal yang mampu mengawal sistem teater rumah, lampu dan banyak peralatan-peralatan elektrik yang lain pada masa yang sama telah lama wujud. Walau bagaimanapun, rumah banglo mewah lelaki ini mempunyai teknologi pintar untuk segala-galanya, dari paip, tirai, hingga ke gelongsor air.
Sebuah video yang dimuatnaik di TikTok menyaksikan seorang lelaki membawa penonton mengelilingi rumah pintar miliknya untuk menunjukkan 15 benda di rumahnya yang boleh dikawal menggunakan telefon pintar sahaja.
Dengan menggunakan telefon, dia memerintahkan paip singki di dapurnya untuk menuangkan satu cawan air. Dia kemudian menggunakan aplikasi yang sama untuk membuka tirai di ruang tamu, menghidupkan perapian, membuka garaj dan banyak lagi.
@whatsinside 15 Things I Can Control In My House From My Phone 📱 #TikTokPartner #LearnonTikTok #whatsinside #smarthome #housetour
Walau bagaimanapun, salah satu ciri di rumah lelaki tersebut yang menarik perhatian ramai adalah 11 kepala pancuran air di ‘bilik mandi utama’ rumahnya yang setiap satunya juga boleh dikawal menggunakan telefon pintarnya, membuatkan ramai yang tertanya-tanya mengapa dia memerlukan 11 kepala pancuran air dalam bilik air yang sama.
Tidak dapat dinafikan sesetengah ciri-ciri rumah pintar lelaki itu adalah agak menarik seperti dia boleh menggunakan telefonnya untuk mengaktifkan dinding kuasa Tesla dan mengalihkan tenaga ke rumah, dan mengaktifkan gelongsor air di kolam, tetapi banyak ciri-ciri lain kelihatan seperti tidak berguna.
“Bayangkan satu rumah dia kena hack ketika dia tidur…”
Imagine you’re entire house getting hacked while you’re asleep. https://t.co/2MvMYdSe7w
— What About Your Lesbian Relationships? 🍸💦 (@Corky__McFuck) June 22, 2021
“Aku boleh buat semua benda dengan tangan…”
video made me feel physically ill. disgusting. completely wasteful. i can do all of this with my hands in nearly the same amount of time. https://t.co/3riwyK7bJx
— my hubris will never be my downfall (@goblinwarl0ck) June 22, 2021
“Bila ada gangguan wifi…”
Yeah shit like this seems cool until there’s a wifi outage and u can’t open the blinds, get a glass of water, or leave ur home lmaoooo. If it ain’t broke don’t fix it https://t.co/3yUOoYZTcW
— dana scully’s shoulder pads (@fuckinsickbitch) June 22, 2021
“Kenapa kau perlukan 11 kepala pancuran air…”
Why the fuck do you need eleven shower heads https://t.co/nXpVSGkuQu
— ☎️ Smile 🕹 #VsSmileMod (@thesussysauce) June 22, 2021