Lelaki kacau kawan pramugara tengah kerja, “Jenuh menahan gelak…”

Lelaki kacau kawan pramugara tengah kerja, “Jenuh menahan gelak…”

Mempunyai kawan yang suka menyakat memang ada kalanya menjadi penghibur dalam kalangan kawan-kawan. Macam yang dilalui oleh pramugara ini yang terpaksa melayan kerenah rakannya semasa sedang bekerja di dalam sebuah penerbangan ini.

Video tersebut menarik perhatian ramai apabila ia meraih setengah juta tontonan dalam masa sehari ianya dikongsikan. Malah rata-rata netizen juga turut sama terhibur melihat gelagat pramugara ini yang cuba menahan ketawa ketika diusik oleh rakannya ini.

@its_k4y

Kacau member time kerja 😆 #fypシ

♬ original sound – Its_k4y – Kayrool

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan pramugara itu yang sedang bersedia untuk memberikan taklimat keselamatan sebelum penerbangan bermula.

Namun malang nasibnya, rakan-rakan serumahnya turut berada dalam penerbangan yang sama. Lebih mencuit hati, rakan-rakannya itu mula merakamkan aksi pramugara itu semasa bekerja.

kawan pramugara

Tidak cukup dengan itu, masing-masing juga cuba menahan ketawa mereka sambil melihat pramugara itu memberikan taklimat keselamatan.

Meninjau di ruangan komen, netizen turut sama terhibur melihat gelagat pramugara ini dan rakan-rakannya. Malah netizen juga turut sama berdekah melihat reaksi pramugara itu yang cuba menahan ketawa semasa bekerja.

“Aku yang tergelak tengok.”

lelaki kacau kawan

“Kalau aku jadi dia ni lama dah aku gelak guling-guling sebab aku sejenis yang senang terhibur.”

pramugara

“Kesian member..”

komen

“Aku yang tersengih dari awal sampai habis.”

tik tok