Lelaki ini kongsi cara mudah buka ‘cable tie’ palstik atau besi yang sudah digunakan

Lelaki ini kongsi cara mudah buka ‘cable tie’ palstik atau besi yang sudah digunakan

Baru-baru ini tular seorang lelaki kongsi cara buka ‘cable tie‘ plastik atau besi yang sudah digunakan menerusi sebuah video di Youtube.

Seperti yang diketahui, cable tie sering kali digunakan untuk pelbagai peralatan terutamanya di dalam rumah. Difahamkan, cable tie mempunyai dua jenis variasi iaitu nylon dan stainless steel.

Mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya cable tie ini boleh digunakan semula. Namun bagaimanakah caranya? Untuk itu, menerusi Youtube Syahman Abu Hasan ada berkongsikan tips yang berguna untuk aktivti harian anda di rumah.

Berdasarkan video yang dikongsikan itu, beliau menunjukkan langkah untuk membuka semula cable tie nylon dan stainless steel yang telah digunakan.

Cara buka cable tie nylon dan stainless steel

Cable tie nylon

Langkahnya mudah sahaja, yang pertama ambil cable tie yang sudah digunakan. Kedua, gunakan pisau untuk menahan sendal pada celah lubang cable tie.

Pastikan anda berhati-hati semasa menggunakan pisau. Seterusnya, gunakan jari hantu dan manis untuk tarik keluar tali cable tie.

Bagi cable tie jenis besi (stainless steel) caranya juga hampir sama.

Cable tie besi (stainless steel)

Caranya adalah anda perlu ambil cable tie yang telah digunakan. Kemudian, ambil cable tie baru dan masukkan di bahagian atas celah sendal cable tie lama.

Seterusnya tarik cable lama dan siap. Namun ada juga cara lain yang lebih mudah iaitu dengan memotong cable tie besi itu dengan pemotong.

Dengan ini, anda tidak perlu untuk membeli semula cable tie di kedai hardware, sebaliknya hanya recyle kembali sahaja.

Untuk penerangan lebih jelas, anda boleh rujuk video Syahman seperti berikut.

 

Untuk mereka yang tidak tahu di mana stok cable tie ini dijual, ia boleh didapati di mana-mana kedai hardware berhampiran ataupun pasar raya.