Lelaki hadir untuk ambil vaksin dalam kostum dinosaur buat ramai tersenyum
Gambar seorang individu yang muncul untuk temujanji di pusat vaksinasi dalam kostum dinosaur telah tular di media sosial baru-baru ini, sekali gus membuat netizen tersenyum.
Gelagat lelaki yang dikenali sebagai Kenny Sia itu dalam kostum T-Rex yang popular sedang beratur menunggu gilirannya di pusat vaksinasi Sarawak di samping mengikuti semua protokol Covid telah mencuit hati pengunjung lain dan juga pekerja barisan hadapan.
Even T-rex dropped in for a much needed vaccination here! Here's the step by step… pic.twitter.com/f0sJSSkw97
— BCCK (@BCCKSarawak) July 11, 2021
Pakar kecergasan berusia 39 tahun itu berkongsikan video di Instagram melaporkan dia telah mendapat vaksin Sinovac di Borneo Convention Centre Kuching.
— BCCK (@BCCKSarawak) July 11, 2021
Dia juga berkongsikan langkah-langkah yang perlu diikuti apabila hadir ke pusat vaksin dan menunggu giliran untuk diberikan suntikan.
Lelaki itu berkata dia memutuskan untuk memakai sut itu untuk menceriakan suasana di pusat pemberian vaksin dan memberi senyuman kepada kakitangan kesihatan serta pekerja sukarelawan.
Pusat vaksinasi BCCK juga mengucapkan terima kasih kepada Sia kerana meletakkan senyuman pada wajah orang ramai pada hari itu dengan kostum dinosaur berkenaan, namun menasihati orang lain untuk hadir mengambil suntikan sebagai manusia agar mereka lebih selesa.
We found the identity of our T-Rex! Thank you @kennysia, for bringing a smile to everyone's face on your vaccination day!
— BCCK (@BCCKSarawak) July 11, 2021
“Lepas jumpa saudaranya tidak divaksin…”
Dia abis ketemu sodaranya yg nga divaksinpic.twitter.com/XSOfEVJU66
— Dit 🧜🏽♂️🌧️ (@datdeetdut) July 11, 2021
“Lain mcm PPE dia…”
Lain mcm PPE dia https://t.co/ZXqpmvYmJv
— Suha Robert (@suharobert94) July 11, 2021
Selain dinosaur, ramai juga individu yang datang mengambil suntikan vaksin dalam pelbagai cosplay, menghiburkan hati ramai.
Izinkan saya menyelit. pic.twitter.com/16cmpUXXeO
— 🏴 𝕱𝖆𝖙𝖆𝖑𝖎𝖘𝖙 (@shafiqmazlan94) July 11, 2021