Lelaki ditetak dan ditikam di depan khalayak ramai

Lelaki ditetak dan ditikam di depan khalayak ramai

 

Seorang lelaki maut dipercayai ditetak dan ditikam oleh sekumpulan individu termasuk seorang wanita dalam pergaduhan berhampiran sebuah medan selera di Kampung Baru, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, lelaki warga tempatan berusia lingkungan 30-an berkenaan dikejarkan ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) oleh orang awam sebelum disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku di kawasan terbuka berhampiran medan selera membabitkan mangsa dengan seorang wanita dan empat lelaki warga tempatan yang saling mengenali.

“Ekoran daripada pergaduhan itu, mangsa mengalami kecederaan yang serius di badan dan dihantar ke HBM oleh orang awam sebelum disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, siasatan masih diteruskan bagi mengesan suspek terbabit dalam kejadian itu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu tular beberapa video di media sosial memaparkan kejadian pergaduhan yang diambil orang awam yang melalui kawasan berkenaan.

Dalam video itu, kelihatan seorang wanita didapati memegang senjata tajam dipercayai parang dengan terdapat mangsa yang parah terbaring di jalan.

https://www.facebook.com/trafficinfocrew/posts/2205049599649554?__cft__[0]=AZVTkD9DkM-eRbf7RRrHX567q7A3UGTIPDQF5dIWNHR5iJledap14odmfMn062dswttncaVkLkfkHjtdGejM1bFayMoqNllhG42I8BKWQ4KI99LnkKvu0tbsPPdyBb1IpqoILVb1a7eF-JLw8PlVaomW&__tn__=-UK