Lelaki cuak nampak sekatan JPJ, kelam kabut cabut tinted gelap cermin kereta

Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ada mengeluarkan panduan peratusan kadar gelap yang dibenarkan pada cermin setiap kenderaan. Sekiranya anda melebihi peratusan yang dibenarkan, tindakan undang-undang biasanya akan dikenakan pada pemandu.
Macam video yang tular dikongsikan di media sosial ini apabila seorang lelaki dengan segera mencabut tinted gelap pada cermin keretanya sebaik sahaja melihat ada roadblock di hadapan. Gelagatnya yang kelam kabut mencabutnya itu turut membuatkan ramai berdekah melihatnya.
@nashnina ada jpj gais😂😂#fypシ
Menerusi video yang dikongsikan ini, kelihatan seorang lelaki yang sedang mencabut tinted gelap pada cermin kereta yang dipandunya ini. Menurut pemilik video, terdapat sekatan jalan raya dari pihak JPJ di hadapan jalan menyebabkan rakannya cuak dengan situasi tersebut.
Dalam masa yang sama, turut dapat dilihat lelaki itu yang menurunkan cermin keretanya itu dan mencabut kesemua tinted pada cermin. Walaupun situasi ini kelihatan lucu dan kelakar, pemandu kereta itu kelihatan sangat cuak dan sesekali memandang ke hadapan kerana bimbang tindakannya kantoi dengan pihak JPJ.
Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut sama terhibur melihat tindakan pantas dari pemandu ini. Malah ada yang turut berdekah melihat keadaan kereta itu yang akhirnya menjadi seperti akuarium selepas tinted cermin dicabut oleh lelaki itu.
“Nasib tinted diy baru RM12, kena tinted kedai nangis tak berlagu.”
“Member yang rakam gelak. Member yang drive tu nyawa dah nak tercabut hahahaha.”
“Sekali tengok orang buat jalan. Auto koyak member.”
“Apa susah tutup je lah tingkap tu sampai habis.”