Lelaki bercuti bersama keluarga di Genting tiba-tiba berbogel depan khalayak ramai, dikatakan sebab..

Viral di media sosial hari ini apabila sebuah video memaparkan seorang lelaki yang bercuti bersama isteri dan anaknya tiba-tiba sahaja membuka baju sehingga tidak meninggalkan seurat benang di hadapan orang ramai.
Kejadian yang berlaku di lobi Hotel Genting itu dipercayai berlaku semalam di mana video tersebut memaparkan lelaki yang bekerja sebagai pembantu kerani itu melutut di atas lantai bersebelahan isteri dan anaknya setelah berbogel.
Kesian anak-anak.. 😔 https://t.co/FLA2Jluz5N
— Jeffri📍 (@JeffriMS) April 7, 2022
Tindakan lelaki itu telah menimbulkan kekecohan dan memeranjatkan orang ramai yang berada di kawasan sekitar selain ada yang menolong dengan membawa tuala untuk menutup badan lelaki tersebut.

Pihak polis juga telah bergegas ke tempat kejadian dan meminta agar lelaki tersebut memakai semula bajunya sebelum dibawa ke Balai Polis Genting Highlands.
Lelaki itu kemudian dibawa ke Hospital Bentong bagi menjalani pemeriksaan kesihatan selanjutnya.