Lelaki bawa kura-kura bersiar-siar, bukan main besar lagi saiznya!

Lelaki bawa kura-kura bersiar-siar, bukan main besar lagi saiznya!

Kebiasaannya orang ramai memelihara kucing, anjing, burung dan haiwan lain yang lebih jinak. Selain dapat mengajar anak-anak tentang kehidupan haiwan, memelihara haiwan juga dapat mendidik anak kecil tentang rasa tanggungjawab.

Namun begitu, ada juga yang memilih untuk memelihara kura-kura sebagai haiwan kesayangan mereka. Malah baru-baru ini ada satu rakaman yang memaparkan seorang lelaki membawa kura-kura miliknya bersiar-siar. Dalam rakaman tersebut kelihatan seorang lelaki dengan seekor kura-kura yang mana saiznya boleh tahan besar!

Saiz kura-kura ini yang sangat besar membuatkan ramai tertarik. Dalam perkongsian itu lelaki tersebut beritahu kura-kura itu berusia 11 tahun. Uish biar benar saiz sebesar ini baru 11 tahun? Berikut adalah perkongsian lelaki bawa kura-kura bersiar-siar ini:

Memang luar biasa bawa kura-kura bersaiz begini berjalan-jalan! Perkongsian video lelaki bawa kura-kura bersiar-siar yang dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter @anthraxxxx ini telah meraih lebih 171 ribu tontonan dan 4,500 retweets serta 7,900 likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:

“Apa lah yang diborakkan uncle tu dengan kura-kura tu”

Kura-kura bersaiz besar dibawa bersiar-siar3

“Kura-kura Dragon Ball itu wujud. Master Roshi bagi kat uncle ni ke apa”

Kura-kura bersaiz besar dibawa bersiar-siar2

“Uncle teman kura-kura cari arnab bawah pokok”

Kura-kura bersaiz

 

COMMENTS