Lelaki bagi mini love dekat nurse, kononnya side effect lepas vaksin

Lelaki bagi mini love dekat nurse, kononnya side effect lepas vaksin

Dengan pemberian vaksin yang semakin banyak dijalankan, ramai yang turut sama berkongsikan pengalaman mereka ini di media sosial. Baru-baru ini pula, gelagat seorang lelaki menerima suntikan vaksin meraih perhatian ramai.

Semuanya gara-gara dirinya yang kononnya menerima side effect sebaik sahaja menerima suntikan vaksin itu. Namun sebenarnya, itu hanyalah lakonan sahaja apabila dia sebenarnya ingin memberikan mini love kepada jururawat yang bertugas.

@piiikriii

Reply to @ngehhhhh_0 side effect is real jgn buat main🤭 #fyp #foryoupage #vaccinationday #tps🎭

♬ original sound – ʄɨӄʀɨ🍁 – ʄɨӄʀɨ🍁

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu berkongsikan situasi semasa dia menerima suntikan vaksin di pusat pemberian vaksin itu. Dia turut sama menunjukkan proses yang dialaminya semasa disuntik oleh jururawat yang bertugas.

Sebaik sahaja selesai menerima suntikan, lelaki itu memberitahu dia menerima side effect dari vaksin itu sambil menggaru matanya. Lelaki itu kemudian memberikan mini love kepada jururawat tersebut sekaligus membuatkan wanita itu turut berdekah melihatnya.

jururawat

Tidak cukup dengan itu, jururawat itu juga cukup sporting apabila dia turut sama melayan kerenahnya. Namun kemudian, jururawat itu berseloroh menyalahkan lelaki itu apabila dia kemudiannya terlupa apa yang perlu ditulis pada borang yang dipegangnya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur melihat aksi sporting jururawat itu dalam melayan gelagat spontan lelaki tersebut. Ada juga yang berkongsikan pengalaman menerima vaksin mereka yang turut sama menerima petugas yang cukup sporting melayan mereka.

“Bestnya dapat nurse friendly gini…”

lelaki beri

“Macam tu lah ayah jumpa ibu kamu.”

vaksin

“Aku saja tengok banyak kali biar dr tu tak ingat apa yang dia nak tulis.”

komen

“Akak tu pun kena side effect ke sampai lupa.”

tik tok