Lelaki 58 tahun meninggal dunia ketika mendaki
Seorang lelaki yang berusia 58 tahun mandaki bukit di Taman Botani berhampiran Tanjung Bungah, Bagan Jermal semalam meninggal dunia akibat sesak nafas.
Anggota bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.02 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian yang perlu mendaki sejauh 2 kilometer.
Pasukan bomba dimaklumkan bahawa lelaki terbabit yang melakukan aktiviti mendaki bersama tujuh lagi rakannya dan kemudiannya dilihat mengalami sesak nafas sebelum pengsan.
Anggota bomba menaiki kereta pacuan empat roda selama 10 minit dan mendaki kira-kira dua kilometer (km) untuk ke lokasi
Walaubagaimanapun, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh petugas KKM yang bertugas. Mayat dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk tindakan seterusnya.
Kredit: Harian Metro