Leka tengok haiwan, gelagat kanak2 tersalah pegang mak bikin ramai terhibur

Mesti ada yang pernah lalui pengalaman memalukan semasa kecil dahulu yang masih tidak dapat dilupakan sehingga sekarang ini. Macam situasi yang dikongsikan ini apabila seorang kanak-kanak lelaki tersalah pegang mak semasa leka melihat haiwan di zoo.
Malah reaksinya ini turut sama membuatkan netizen terhibur melihatnya lagi-lagi apabila kanak-kanak itu siap memegang tangan wanita tersebut. Dalam masa yang sama, netizen turut memberitahu mereka juga pernah melalui situasi yang sama seperti ini.
@surianikamal23Dia tertukar mama pulak dah 🤣🤣#fyp #fypdongggggggg #zootaipingnightsafari
Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki sedang memegang tangan seorang wanita yang berdiri di sebelahnya. Pada awalnya, ramai yang menyangka mungkin wanita itu adalah ibu kepada kanak-kanak tersebut.
Namun tidak lama kemudian, pemilik video mula memanggil kanak-kanak itu di mana dia sebenarnya tersalah orang dan menyangka wanita itu adalah ibunya. Lebih melucukan, kanak-kanak itu kemudian sempat menoleh melihat muka wanita yang dipegangnya itu.
Sebaik sahaja sedar dengan apa yang terjadi, kanak-kanak itu kemudian berlari ke arah ibunya yang sebenar. Reaksi pantasnya itu turut membuatkan orang di sekeliling berdekah melihat gelagat lucunya ini.
Di ruangan komen, rata-rata netizen juga turut sama berdekah melihat situasi yang dikongsikan ini. Malah ada yang turut berkongsikan pengalaman mereka yang pernah tersalah mak semasa kecil dahulu.
“Yang mak tu pun terima je anak baru.”
“Biar anak yang tersalah, jangan bapak ikut sama.”
“Aku pernah berkhidmat aku tertukar mak aku.”
“Kesian akak tu baru nak merasa ada anak.”