“Lebih afdal penghasut Anti-Vaksin dikuarantin dengan pesakit COVID-19”
Pelakon Catriona Ross baru-baru ini memuatnaik status di Instagram Story memerli tindakan individu yang tidak ingin mengambil vaksin atau dikenali sebagai anti-vaksin.
Catriona atau lebih mesra dipanggil Kak Kek, pada mula nya memuatnaik status tentang infografik menerangkan denda yang akan dikenakan terhadap golongan anti-vaksin dan status keduanya pula, dia mencadangkan agar golongan ini diletakkan sebilik dan dikuarantin sekali dengan pesakit COVID-19.
Tulisnya dalam status tersebut,
Lebih afdal kalau penghasut vaksin itu diletakkan sebilik dan dikuarantin dengan pesakit COVID-19. Nak juga tengok macam mana. Sesuatu untuk difikirkan. Mungkin akan berubah arah selepas itu? Mungkin.
Sebelum ini, Catriona pernah menegur pihak yang tidak bertanggungjawab pulang ke kampung selepas kerajaan mengumumkan akan melakukan total lockdown bermula 1 Jun dan perkara tersebut telah menimbulkan rasa tidak puas hati oleh seorang bekas kumpulan nasyid In-Team iaitu Suhaimi Saad.