Lebih 800,000 individu diberhentikan kerja zaman PN
Lebih 800,000 individu kehilangan pekerjaan sejak negara dilanda pandemik COVID-19.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berkata, kerajaan sedar ramai rakyat yang sedang menderita kerana kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan akibat penularan COVID-19.
“Banyak perniagaan yang terpaksa ditutup. Lebih 800,000 orang telah kehilangan pekerjaan. Saya mendengar rintihan saudara dan saudari sekalian.
“Dalam mengurus gelombang ketiga COVID-19, kerajaan sedaya-upaya untuk mengelakkan kesan terlalu buruk ke atas ekonomi negara yang boleh memberikan kesan negatif kepada kehidupan ekonomi rakyat,” katanya ketika menyampaikan perutusan khas situasi semasa COVID-19 hari ini.
Sumber: Berita Harian