Lebih 14 juta tontonan, lelaki selamba menari Tik Tok dengan buaya

Lebih 14 juta tontonan, lelaki selamba menari Tik Tok dengan buaya

Buaya antara haiwan yang selalu ditakuti ramai gara-gara ketangkasan mereka menangkap dan mengejar mangsa yang diburu. Namun lain pula yang dikongsikan lelaki ini apabila dia dengan selambanya menari bersama-sama seekor buaya baru-baru ini.

Gelagat lelaki dan buaya itu turut tular apabila ia meraih lebih 14 juta tontonan setakat ini. Malah rata-rata netizen turut sama kagum melihat keberanian lelaki ini yang menari bersama buaya yang merupakan haiwan peliharaannya itu.

@dapinhensi

buaya nakal

♬ NYENDERxParjamban – Ikmaldeff

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu dilihat cuba melakukan tarian Tik Tok yang popular dikongsikan di platform tersebut. Namun tiba-tiba, muncul seekor buaya yang berjalan di sebelahnya dan berhenti di hadapan kamera.

Lebih mengejutkan, lelaki itu langsung tidak menghiraukannya dan sambung menari tariannya. Dalam masa yang sama, buaya itu hanya duduk di situ dan langsung tidak bergerak dari tempatnya.

menari

Lelaki itu kemudian akhirnya berhenti menari dan berjalan di belakang buaya itu untuk mengambil telefonnya semula. Rupa-rupanya, buaya itu adalah haiwan peliharaan milik lelaki itu yang telah dijaganya sejak kecil. Malah dia pernah berkongsikan videonya berjalan-jalan bersama buaya itu sebelum ini.

Di ruangan komen, netizen turut sama tergamam melihat kemunculan buaya yang tidak disangka-sangka itu. Ada juga yang terhibur melihat lelaki itu menggelarkan buaya itu sebagai kucingnya yang sengaja melintasi kawasan itu.

“Buaya darat melihara buaya air.”

lebih 14 juta

“Cuba perhatikan ada tiga ekor buaya saling memandang satu sama lain.”

buaya

“Aduh bang itu bukan kucing, tu gajah.”

komen

“Janganlah sampai rakam-rakam, kata buaya.”

tik tok