Laporan majalah 3 tentang Covid-19 terima pujian, harap ramai yang ‘insaf’ & jaga SOP lepas tengok

Laporan majalah 3 tentang Covid-19 terima pujian, harap ramai yang ‘insaf’ & jaga SOP lepas tengok

Sedar tak sedar negara kita, sudah berdepan dengan ancaman Covid-19 hampir dua tahun bermula awal tahun 2019 dan telah mencatatkan sebanyak 470 ribu kes. Jika dilihat menerusi angka tersebut, ia merupakan angka yang agar besar dan merisaukan ramai pihak terutamanya pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bahkan, kini pihak kerajaan sedang aktif mengagihkan vaksin secara berfasa sebagai inisiatif membendung wabak ini daripada terus menular dan menjadi ancaman penduduk dunia.

 

‘Tak kira bangsa dan agama’

Menerusi program dokumentari terbitan Tv3 iaitu Majalah 3 semalam, berkongsi laporan khas mengenai Covid-19 di negara kita dan mendedahkan pengalaman petugas barisan hadapan (frontliners) yang masih komited dalam menjalankan tugas walaupun semakin ‘penat’ dengan beban kerja yang semakin bertambah.

Tidak berakhir di situ, mereka terpaksa bekerja lebih masa dan perlu memakai sut perlindungan diri (PPE) berjam-jam bagi melindungi diri daripada dijangkiti oleh wabak itu. Menerusi satu temu bual yang dijalankan, seorang jururawat berkongsi pengalamannya bertugas mengendalikan mayat pesakit Covid-19.

Kita ni manusia biasa, kita pernah menangis, kitalah orang yang paling last nak pegang tangan diorang. Sedihlah (sambil lap air mata). Kita tidak fikir bangsa, agama, bila pesakit tu meninggal kitalah orang yang akan pegang dia. Kawan-kawan Melayu akan mengucap. sorry.

Kita semua dah ‘burn out’

Jelas salah seorang petugas barisan hadapan dikenali sebagai Doktor Eng Kar Seng yang merupakan Pakar Rawatan Rapi dan Anestesiologi mengakui mereka sudah keletihan berdepan dengan wabak ini. Pada masa yang sama, dia turut menjelaskan kes yang semakin bertambah saban hari menjadi faktor utama mereka merasai perkara itu.

Kita semua dah burn out daripada semua doktor yang ada di unit rawatan rapi (ICU) dan burn outBurn out adalah satu fenomena di mana kita keletihan dari segi fizikal dan mental.

Macam mana kita boleh jadi macam ini, bila ada lonjakan-lonjakan kes yang begitu banyak dan memasuki fasa yang keempat. Pada masa yang sama, banyak pesakit yang betul-betul memerlukan rawatan daripada kami.

Episod penuh: