Lamaran waktu live Tiktok diterima, Abang Viva mengaku sudah bertunang dengan Evanova
Nama Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai Abang Viva sememangnya sudah dikenali oleh para pengguna media sosial disebabkan bantuan yang diberi sewaktu negara mengalami banjir besar hujung tahun lalu.
Baru-baru ini, dia dikatakan telah melamar seorang wanita seca live di aplikasi TikTok dan wanita terbabit juga dikatakan sudah menerima.
Namun begitu, kisah berkenaan seakan tiada kelanjutannya dan dia kembali meneruskan kerja-kerja kebajikan termasuklah mengikuti kursus Asas Pertahanan Awam.
Sudah bertunang rupanya
Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian Abang Viva kepada majalah Nona, dia memaklumkan sudah bertunang dengan wanita yang dilamarnya dikenali sebagai Evanoza Zakaria.
Tubuhkan pertubuhan Abang Viva
Dalam pada itu, dia juga turut berkongsi perancangan masa hadapan apabila telah menubuhkan badan bukan kerajaan (NGO) sendiri dengan nama Pertubuhan Abang Viva.
Menerusi temu bual tersebut, mereka telah berkongsi kerja-kerja kebajikan dan bantuan yang mereka telah lakukan dan akan terus melakukan hal sama andai sudah berumah tangga kelak.
Lebih mudah lakukan bersama-sama
Azwan dan Eva juga memaklumkan kerja-kerja bantuan yang mereka giatkan kini menjadi lebih mudah kerana sudah ada peneman yang mempunyai minat yang sama dalam kerja kebajikan.
@majalahnona Melangkah ke fasa hidup seterusnya, Nona tumpang bahagia bila hero banjir Abang Viva, bertemu seseorang yang berkongsi minat dengannya dalam membuat kerja-kerja kebajikan. Eksklusif bersama pasangan berdarah manis, Azwan Omar dan Eva Nova, kami bercerita rancangan mereka dalam meneruskan misi-misi bantuan kemanusiaan #fyp #foryou #fypmalaysia #abangviva #superhero #xyzbca #couple
Disamping itu, Abang Viva turut berkongsi perancangan seterusnya dalam kerja kebajikan yang akan digiatkan dan berharap semoga semuanya dipermudahkan.
Menurutnya, dia sedang dalam perancangan mahu membeli sebuah van untuk tujuan membawa pesakit-pesakit yang memerlukan secara percuma.
Kita doakan agar segala urusan yang dirancang oleh mereka dipermudahkan dan kerja kebajikan yang mereka lakukan mendapat ganjaran pahala daripada Allah S.W.T.
Sumber: YouTube majalahnona, TikTok majalahnona