Lakonan lelaki ini suntik vaksin bikin berdekah, “Setepek kena…”

Lakonan lelaki ini suntik vaksin bikin berdekah, “Setepek kena…”

Pada ketika ini semua orang berlumba-lumba untuk mendapatkan suntikan vaksin agar tidak lagi dibelengu oleh risiko dijangkiti wabak Covid. Dalam pada masa yang sama, tidak dapat dinafikan ada golongan yang was-was tentang jenis-jenis vaksin yang diedarkan.

Segelintir individu perlu dipaksa untuk mengambil vaksin seperti perkongsian yang tular di Twitter di mana netizen cuba memikirkan cara untuk memujuk ahli keluarga yang telah berusia untuk suntik vaksin.

 

“Nak pergi umrah/haji wajib vaksin…

 

Sebuah video oleh pengguna TikTok atas nama Havpash ini pula berkongsikan senario apabila dia pergi suntik vaksin di negara Timur Tengah.

Video yang tular itu mengisahkan bagaimana di menjadi was-was apabila mendengar nama-nama vaksin versi tiruan.

Apabila dia bertanyakan kepada doktor vaksin apa yang bakal diterimanya, doktor dengan loghat Arab itu berkata ‘Faisal’.

Lelaki itu berkata adakah doktor itu memaksudkan ‘Pfizer’, tetapi doktor tesebut berkata Pfizer dan Faisal adalah sama.

Selepas lelaki itu menolak, doktor menawarkan vaksin Achraf Zeneca pula, membuat lelaki itu keliru adakah doktor itu memaksudkan Astra Zeneca. Namun doktor berkenaan menjelaskan kedua-dua pun sama seperti Adidas dan Adibas atau Nike dan Nakia.

Lelaki itu menolak juga vaksin tersebut kerana namanya yang mencurigakan, sementara doktor menawarkan vaksin ketiga yang paling popular di US.

Menyangka vaksin yang dimaksudkan doktor itu adalah Johnson & Johnson, lelaki itu terus beredar selepas mendengar nama vaksin itu adalah Abdallah & Abdallah.