“Lajunya, hebatkan” Azmi kongsi cara orang buta taip mesej di telefon
Dengan kecanggihan teknologi hari ini, hampir semua orang boleh mendapat akses kepada peranti pintar tanpa mengira kemampuan fizikal seseorang.
Bagi anda yang tertanya-tanya bagaimana individu kelainan upaya (OKU) penglihatan ini boleh menggunakan telefon pintar dan menaip mesej tanpa braille, vokalis Caliph Buskers, Azmi Saat tunjukkan caranya.
Menerusi video dikongsikan Danial Zaini di laman Instagramnya, Azmi menjelaskan terdapat fungsi voice over yang memberitahu pengguna apakah yang tertulis pada paparan skrin telefon pintar mereka. Fungsi itu akan menyebutkan kepada pengguna nama aplikasi yang disentuh supaya mereka dapat memilih aplikasi yang betul untuk digunakan.
Malah, fungsi voice over juga akan menyebut satu persatu huruf yang disentuh bagi memastikan tiada kesalahan ejaan dilakukan.
Sumber: Danial Zaini