Lagu raya Corona, curi perhatian ramai

Lagu raya Corona, curi perhatian ramai

Hampir separuh bulan sudah umat Islam berpuasa dan tidak lama lagi akan menyambut hari raya. Namun boleh dikatakan suasana hari raya tahun ini akan menjadi sama sahaja seperti tahun lepas. Ini kerana pandemik yang berlaku sama seperti raya yang lalu.

Disebabkan itu satu individu menghasilkan lagu raya corona ini. Dalam perkongsian semula oleh seorang pengguna Twitter beberapa hari lalu, lagu raya tersebut dimuat naik dan telah mencuri perhatian ramai.

Manakan tidak lirik lagu yang dihasilkan ini sememangnya cukup dekat dengan apa yang dilalui rakyat Malaysia hari ini. Malah lagu ini juga turut memiliki melodi yang menarik. Berikut adalah rakaman lagu raya corona yang dimuat naik oleh seorang penggunaย Twitterย baru-baru ini:

Amacam gais? Lain macam betul lagu raya ini, memang lain dari kebiasaan! Apa-apa pun perkongsian tersebut telah meraih lebih 45 ribu tontonan dan 2,500 retweets serta 2,600 likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka menerusi ruangan komen.