Lagu judul ‘Koyak’ gandingan Caprice & Meerfly masih trending dengan jutaan view

Lagu judul ‘Koyak’ gandingan Caprice & Meerfly masih trending dengan jutaan view

Penyanyi rap dan personaliti media sosial yang popular dengan panggilan Caprice sejak akhir-akhir ini menerima pujian dan perhatian luar biasa wargamaya kerana sokongan tidak henti-henti dilakukannya di media sosial sehingga menarik perhatian ramai.

Caprice menerusi ruangan Instagram sangat aktif bercakap dan memuat naik kepada umum tentang isu Palestin dan Israel sehingga terciptanya juga lagu baharu berjudul Koyak.

Umum diketahui lagu Koyak ini telah dilancarkan di Youtube beberapa hari lalu dan lagu terbabit menarik perhatian ramai dengan liriknya yang padu berserta mendapat jutaan tontonan.

https://youtu.be/aJafahnwdQY

Walau bagaimanapun, lagu terbabit yang merupakan kerjasama Caprice bersama rakan penyanyi, Meerfly dan dimuat naik menerusi ruangan Youtube Meerfly.

Pun begitu, Caprice di Instagram pula dengan baik hati ingin menghadiahkan kasut dan jersey dipakainya kerana dua lagunya trending di Youtube. Ternyata bukan sahaja lagu Koyak malah lagu berjudul Lai Lah turut mendapat perhatian wargamaya.

 

Ruangan komen di Youtube lagu Koyak dinyanyikan Caprice bersama Meerfly itu mendapat respon baik ramai.

“Sebenarnya orang Malaysia ni tahap kreatif dia ni mengalahkan Hollywood dan Bollywood…”

CapriceIMG_20210524_092839

“Aku duk repeat banyak banyak kali supaya trending no 1. Jom support!

IMG_20210524_092858Caprice