Lagu ‘gatal’ glamour di Thailand

Lagu ‘gatal’ glamour di Thailand

Lagu dan muzik video Gatal nyanyian asal Janna Nick ini baru sahaja diterbitkan dan dimuat naik di Youtube. Dua minggu tempoh yang tidaklah begitu lama, namun muzik video Gatal telah meraih lebih 1.5 juta tontonan.

Runut bunyi ini berjaya menarik perhatian warganet dengan melodi dan liriknya yang catchy. Malah di TikTok ada satu cabaran yang dipanggil lagu Gatal Challenge yang menjadi ikutan ramai.

Apa yang lebih membanggakan apabila lagu Gatal Challenge ini bukan sahaja disertai oleh pengguna TikTok tempatan, malah di luar negara juga. Terbaharu satu video di sebalik tabir pembikinan cabaran dari lagu tersebut oleh pengguna Thailand telah mencuri perhatian warganet.

Gaya dua lelaki ini yang sangat khusyuk merakamkan cabaran tersebut telah membuatkan ramai terhibur

Perkongsian rakaman ini telah meraih lebih 24 juta tontonan. Berikut adalah hasil video cabaran dari pemuda ini:

Perkongsian rakaman ini telah meraih lebih 24 juta tontonan. Berikut adalah hasil video cabaran dari pemuda ini:

@dreambarcodeza

เวียนหัวไป1

♬ Gatal – Janna Nick

Bolehlahkan. Tapi di sebalik tabir pembikinannya memang nampaklah agak gigih. Apa-apa pun ramai yang memuji lagu Gatal ini apabila mendapat perhatian pengguna media sosial di luar negara. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen:

 

“Viral seluruh dunia”

Trend Lagu Gatal 4

“Ingat Malay tengok caption lahh viral dah lagu ni..”

Trend Lagu Gatal 3

“Dah sampai Thailand!”

Trend Lagu Gatal 2

“Dasyat lagu Janna Nick sampai seantero dunia”

Trend Lagu Gatal 1