Lagu baru Aina Abdul berjudul ‘Fool’ mendapat pujian

Lagu baru Aina Abdul berjudul ‘Fool’ mendapat pujian

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan penyanyi bernama Aina Abdul ini. Suaranya yang sangat merdu dan pandai mengawal vokal mengikut rentak lagu sesuai membuatkan peminat memuji bakat yang ada padanya.

Terbaharu Aina Abdul hadir dengan lagu terbaharu darinya berjudul Fool. Lagu ini dalam bahasa Inggeris dan sudah pastinya tetap mendapat perhatian umum.

Muzik video lagu baru Aina Abdul berjudul Fool ini telah pun ditayangkan menerusi saluran Youtube penyanyi ini sendiri beberapa jam yang lalu. Jom layan dulu muzik video lagu terbaharu dari Aina Abdul ini:

Memang world class betul! Dari konsep, pakaian hinggalah ke lagu ini sendiri memang menarik untuk ditonton. Muzik video lagu baru Aina Abdul berjudul Fool ini telah meraih 4 ribu lebih dan 1.5 ribu likes.

Rata-rata warganet memuji hasil buah tangan terbaharu dari Aina Abdul ini dan meninggalkan reaksi mereka mengenainya di ruangan komen seperti berikut:

“Wehhh International teruks ni! Come on Malaysia trendingkan lagu ni sampai ke antarabangsa!. Bangga sangat sebab kita ada Aina Abdul”

Screenshot at Feb 25 21-40-17

“Tak tahu nak komen apa..Speechless tengok betapa powernya insan bernama Aina Abdul ni dalam menghasilkan seni. Goodjob Aina Abdul, tak sabar tunggu next product dari Aina Abdul”

Screenshot at Feb 25 21-39-54

“Bila pasal fesyen, Aina Abdul slays it. Paling terbaik!”

Screenshot at Feb 25 21-38-57

“Kepada Aina, awak akan menjadi lagend di Asia! Saya yakin dengan lagu-lagu yang anda hasilkan…”

Screenshot at Feb 25 21-38-21

“Sangat hebat! Lagu sedap & MV world class! Salute Aina Abdul!”

Screenshot at Feb 25 21-37-30