Lagi kes dukung, Shaza Bae dan Nadhir Nasir pula dikecam kerana ‘scene’ dukung

Lagi kes dukung, Shaza Bae dan Nadhir Nasir pula dikecam kerana ‘scene’ dukung

Baru nak reda isu video ‘panas’ Zul Ariffin, kali ini pelakon baru Shaza Bae pula dikritik netizen di TikTok.

Menerusi video dimuat naik olehnya di laman sosial tersebut, Shaza menunjukkan di sebalik tabir salah satu babak drama lakonannya yang sedang dalam pengambaran.

Rakaman tersebut menunjukkan babak di antara Shaza bersama pelakon, Nadhir Nasar dipercayai sebagai suami isteri.

Apa yang menjadi perhatian adalah babak di mana Nadhir mendukung Shaza sehingga ‘off camera’. Kata Shaza di kapsyen, mengikut skrip Nadhir sepatutnya tidak perlu mengangkatnya pun.

 

@shazabae

Dah pukul sweet sweet pula. Psycho. 😭(He was not supposed to pick me up, kan dah sakit pinggang 😂) #fyp #nusyuzberkiblatcinta

♬ sofia by clairo slowed and reverb – maddy

Perbuatan itu mendapat kritikan ramai netizen di ruangan komen yang membangkitkan semula isu video ‘panas’ Zul Ariffin.

Rata-ratanya mengecam dua pelakon itu kerana tidak menjaga ikhtilat apatah lagi ia tidak dituntut oleh skrip.