“Kurangkan makan cili, nanti menggelupur” – Zul Ariffin sindir siapa tu?

“Kurangkan makan cili, nanti menggelupur” – Zul Ariffin sindir siapa tu?

 

Pelakon ‘sado’ dan macho negara, Zul Ariffin menjadi bualan hangat netizen selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan memuat naik kandungan yang mempunyai elemen sumbang di media sosialnya yang memerlukannya untuk membayar denda sebanyak RM30,000.

Perkara itu mendapat perhatian netizen yang seakan tidak berpuas hati kerana hanya Zul sahaja yang dikenakan tindakan seolah-olah tiada penglibatan dari pihak lain dalam isu ini.

Ciapan Zul Ariffin seperti sindir pihak tertentu?

Terbaru, pelakon J Revolusi itu membuat satu ciapan di Twitter seakan-akan menyindir pihak tertentu terhadap kes yang berlaku terhadapnya baru-baru ini.

Salam. Have a good day everyone, eat well, kurangkan makan cili, nanti menggelupur. Drink more water ok. Good for your health.

Cetus pelbagai reaksi dari netizen

Di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi seakan tertanya-tanya kepada siapakah ciapan itu ditujukan dan ada juga yang memberikan kata-kata semangat buat Zul Ariffin.

Apa-apa pun, semoga Zul tabah dan jadikan perkara ini sebagai pengajaran di masa akan datang.

Kredit: Twitter Zul Ariffin