Kura-Kura cuba gigit Vet, rupanya nak ‘protect’ member kena cucuk
![Kura-Kura cuba gigit Vet, rupanya nak ‘protect’ member kena cucuk](https://tempoyak.net/wp-content/uploads/2021/06/kura-kura.jpg)
Tugas sebagai seorang doktor haiwan pastinya ada pelbagai cabaran terutamanya dalam mengendalikan haiwan yang dirawat. Sama macam yang dikongsikan doktor haiwan ini tentang gelagat kura-kura yang ditemuinya semasa bertugas.
Semasa sedang memberikan rawatan kepada seekor anjing, gelagat kura-kura ini yang merupakan kawan baik kepada si anjing menarik perhatian ramai. Video tersebut juga tular dikongsikan dengan lebih satu juta tontonan setakat ini.
@marliazulkapli Kura kura carik gaduh🤣.. Gengster deni.. 😅#adoptdontshop #ilovepet #doctorvet
Menerusi video yang dikongsikan ini, kelihatan doktor haiwan itu sedang memberikan rawatan kepada anjing tersebut sambil dipegang oleh pemiliknya. Turut kelihatan ialah seekor kura-kura bersaiz besar di kawasan itu.
Kura-kura itu kemudian berjalan menuju ke arah doktor haiwan itu tanpa disedarinya. Dia kemudian telah menggigit kasut yang dipakai oleh doktor tersebut.
Rupa-rupanya, dia cuba melindungi anjing itu yang merupakan kawan baiknya di rumah. Gelagat kura-kura itu turut menarik perhatian pemiliknya sehingga dia beberapa kali dialihkan ke tempat lain.
Namun kura-kura itu tidak berputus asa dan kembali menuju ke arah doktor tersebut. Kura-kura itu akhirnya diangkat oleh pemiliknya gara-gara menganggu doktor tersebut bertugas.
“Hmm binatang pun sayang kawan…”
“Laju je jalan hujung-hujung tu.”
“Ini betul kelakar. Dia nak back up kawan baik dia agaknya, ingat vet cuba nak apa-apakan kawan tu.”
“Geram nau aku si kura-kura ni. Tak padan dengan slow, bab cari pasal laju.”