Kuman cepat membiak, pakar dedah keburukan simpan lama ubat dalam peti sejuk

Setiap keluarga pasti akan menyediakan ubat-ubatan atau medical kit sebagai langkah berjaga-jaga di waktu kecemasan. Kebiasaanya ia sering disimpan di dalam peti sejuk dengan harapan tahan lama. Namun hakikatnya, perbuatan itu mampu mengundang risiko kepada tubuh badan.

Dah bagi anak makan ubat tapi tak elok, rupanya dah lama simpan dalam peti sejuk

Menerusi perkongsian Dr Ahmad Luqman Bukhari di laman Twitter, beliau mendedahkan tentang keburukan menyimpan ubat demam dalam tempoh yang lama. Hal itu selepas terdapat beberapa kejadian melibatkan anak kecil yang tidak pulih walaupun telah diberi cecair tersebut. Menurutnya, ia berkemungkinan telah rosak kerana terdapat proses pembiakan bakteria pada penutup botol.

Kuman Senang Membiak, Pakar Dedah Keburukan Simpan Lama Ubat Demam Dalam Fridge

Gambar sekadar hiasan

Elok-elok kita ingat ubat demam tu tahan lama kat dalam peti sejuk, rupanya kita yang jadi punca bakteria membiak

Tambahnya lagi, penyimpanan yang lama dalam peti sejuk mampu mencetuskan proses kondensasi dalam botol. Ia akan menyebabkan pengumpulan wap air sekaligus menjadi punca pembiakan bakteria. Lebih teruk lagi, ia mampu merosakkan kualiti ubat berkenaan dan sangat berisiko kepada kesihatan.

Kuman Senang Membiak, Pakar Dedah Keburukan Simpan Lama Ubat Demam Dalam Fridge

Simpan pada suhu bilik, lebih baik buang kalau anak dah sihat

Dalam pada itu, beliau turut menyarankan agar ubat demam disimpan di tempat kering ataupun pada suhu bilik. Bagaimanapun, ia tidak wajar disimpan lebih daripada 2 bulan dan perlu dibuang walaupun masih berbaki. Akhir kata, Dr Luqman turut menasihati agar ibu bapa membuang habit menyimpan ubat dalam tempoh lama demi kesihatan diri dan anak-anak.