Setiap keluarga pasti akan menyediakan ubat-ubatan atau medical kit sebagai langkah berjaga-jaga di waktu kecemasan. Kebiasaanya ia sering disimpan di dalam peti sejuk dengan harapan tahan lama. Namun hakikatnya, perbuatan itu mampu mengundang risiko kepada tubuh badan.
Dah bagi anak makan ubat tapi tak elok, rupanya dah lama simpan dalam peti sejuk
Menerusi perkongsian Dr Ahmad Luqman Bukhari di laman Twitter, beliau mendedahkan tentang keburukan menyimpan ubat demam dalam tempoh yang lama. Hal itu selepas terdapat beberapa kejadian melibatkan anak kecil yang tidak pulih walaupun telah diberi cecair tersebut. Menurutnya, ia berkemungkinan telah rosak kerana terdapat proses pembiakan bakteria pada penutup botol.