Sejak diperkenalkan, proses mencelup jari ke dalam dakwat kekal sebelum membuang undi menjadi salah satu tanda bahawa seseorang itu telah membuang undi.
Selain itu, jari yang dicelup dalam dakwat kekal turut dipotretkan oleh semua rakyat Malaysia yang telah mengundi sebagai kenang-kenangan, khususnya di platform media sosial.
Hal ini juga yang dialami oleh salah seorang anggota kumpulan Dolla, Tabby. Menerusi akaun Instagramnya, Tabby memuat naik gambar dengan jarinya yang telah dicelup dakwat kekal.
Pada ruangan kapsyen, Tabby menulis: “Dah mengundi ke semua?” tanya Tabby.
Begitupun, kuku pada jari telunjuk pemilik nama lengkap Tabitha Ariel Lam itu lebih menyorot perhatian pengikutnya.
“Macam mana dia celup?” tanya seorang pengikutnya.
Tabby menjawab: “Celup tiga kali bagi angle dia different,” tulisnya yang turut berkongsi sekeping foto bersama keluarganya.
Selain Tabby, anggota Dolla yang lain iaitu Syasya dan Sabronzo turut berkongsi gambar jari telunjuk dengan celupan dakwat kekal tanda sudah mengundi.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!