Kuih raya hancur, Arja Lee buat laporan polis terhadap sebuah syarikat penghantaran

Kuih raya hancur, Arja Lee buat laporan polis terhadap sebuah syarikat penghantaran

Arja atau nama sebenarnya Azharudin Ramli berkata, dua kotak berisi 24 jenis biskut raya yang diterimanya dari Kuala Lumpur menggunakan khidmat syarikat penghantaran tersebut telah hancur dan rosak.

Dia yang terkilan dengan peristiwa itu kemudiannya menghubungi syarikat itu namun masih belum mendapat penjelasan dan jawapan mengenai insiden tersebut.

“Saya membuat laporan polis sebagai rujukan untuk pihak syarikat penghantaran itu bagi meminta ganti rugi jumlah biskut yang rosak. Ia juga untuk tindakan pihak polis sekiranya syarikat terbabit gagal selesaikan kerugian syarikat kami.”

Pelakon drama Pesan Pada Hati ini turut menzahirkan perasaan sedih dan kecewa dengan insiden tersebut kerana bukan sahaja biskut hancur malah bekasnya juga pecah dan terkopek.

Terdahulu, Arja kini mengusahakan perniagaan berasaskan kudapan yang diberi nama Arja’s Cookies yang dipasarkan menerusi laman sosial miliknya.

 

SUMBER : Harian Metro