Kucing Tangmo selalu merenung ke arah ‘tangga’

Kucing Tangmo selalu merenung ke arah ‘tangga’

Tidak hanya netizen di Thailand sahaja yang bersedih dengan permergiaan pelakon popular, Tangmo atau Nida Tangmo Patcharaveerapong namun di beberapa negara lain juga sama dan masih ternanti-nanti perkembangan selanjutnya mengenai selebriti tersebut.

Terbaharu, menerusi perkongsian, miss_pencintakucing di akaun TikTok membuatkan beberapa ekor kucing milik Tangmo menjadi tumpuan ramai selepas rakaman haiwan tersebut tersebar.

254031972_467431994712440_6825357173004761469_n

Walau bagaimanapun buat yang memelihara kucing, sudah pasti cukup tahu betapa akrabnya hubungan haiwan peliharaan dengan pemiliknya apatah lagi jika dibela sejak kecil.

Haiwan ini juga diketahui umum mempunyai perasaan seperti manusia. Jadi melihatkan bagaimana fokus beberapa ekor kucing Tangmo melihat ruang tangga di rumah mengundang rasa sayu ramai.

Kucing-kucing Tangmo bagaimanapun difahamkan buat masa ini dijagakan oleh sahabat Tangmo yang dikenali sebagai Anna.

@miss_pencintakucing

Reply to @shamedayu1709 sahabat baik mendiang #tangmonida yang jagakn buat masa ni..🥺🥺

♬ อย่างน้อยเราเคยรักกัน – AnAn (อันอัน)

@miss_pencintakucing

Reply to @kikukika_ #pencintakucing je yg faham bila tgk reaksi2 kucing2 ni😭😭 #tangmonida #misz_as

♬ อย่างน้อยเราเคยรักกัน – AnAn (อันอัน)

Dalam pada itu melihatkan di ruangan komen, perkongsian mengenai kucing-kucing milik Tangmo itu membuatkan ada yang merasa sebak dan pasti bahawa haiwan tersebut turut merasa rindu dengan pemilik mereka.

“Betul, cuma buat masa ni sahabat dia yang nama Anna yang jaga…”

Tangmo

“Mesti dalam hati kucing tu *mana mommy ni, tak balik lagi ke…”

Tangmo

“Bila hari hari dia dah sambut tuan dia balik…”

IMG_20220311_090308

“Kesiannya, rindu kat Tangmo”

IMG_20220311_090324