Kucing dibawakan bekal sebelum merayap, “adoi lucu lah”

Kucing dibawakan bekal sebelum merayap, “adoi lucu lah”

Kucing menjadi pilihan ramai untuk dipelihara bukan sahaja kerana fizikalnya yang comel, malah perangai haiwan ini juga membuatkan ramai terhibur. Selain dari itu, kucing juga adalah salah satu spesis yang cukup setia menjadi peneman kepada pemiliknya.

Biarpun begitu, baru-baru ini tular di sosial media dengan satu rakaman yang memaparkan seekor kucing comel. Dalam rakaman tersebut kelihatan si bulus sedang berjalan-jalan. Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah di leher kucing itu seakan ada sesuatu.

Di ruangan kapsyen tertulis bahawa tuannya meletakkan makanan di leher kucing itu sebagai bekalan sebelum ia merayap kerana bimbang kesayangannya itu kelaparan. Berikut adalah rakaman kucing dibawakan bekal sebelum merayap ini:

@jojo6928

sy selalu risaukan kucing sy tkut dia pergi jlan-jlan nati kelaparan..sy buatkn dia bekalan utk dia mkn..#teammembongak @jual_handbag @thealiceofficial @mummyelly_surprise2u @manterung2 @khailiz @chatarinanitanita55

♬ original sound – jojoㅎ쳋 – jojoㅎ쳋

Alahai comel je dibawakan bekal macam itu ya? Apa-apa pun menurut pemilik video ini, bekalan itu hanyalah sementara sahaja dan ia hanyalah gurauan serta dibawah pengawasannya sendiri.

Perkongsian rakaman kucing dibawakan bekal sebelum merayap ini telah meraih lebih 82 ribu tontonan. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Hahaha..kucing tak perlu fikir pun nak makan apa. Makanan dah ada kat leher…”

Kucing bawa bekal 3

“Dalam hati kucing tu kata…Alaa baru nak singgah mcd kena makan bekal pulak”

Kucing bawa bekal 2

“Mesti ramai awek eowww yang mendekat sebab ada makanan”

Kucing bawa bekal 1