Kucing cuba sorok makanan tuan bikin terhibur, “Tu tanda dia suka makanan tu”
Selalunya kucing akan mengorek pasir setiap kali mereka ‘membuang’ tetapi ada juga masanya mereka akan melakukan rutin yang sama pada makanan. Sama macam situasi yang dialami lelaki ini apabila kucingnya itu cuba menimbus makanan yang dibelinya ini.
Malah lelaki itu turut sama terkedu apabila kucing itu dengan selambanya seakan-akan mengorek pasir untuk menimbus makanannya ini. Malah rata-rata netizen juga turut berdekah melihat reaksi spontan kucing ini yang seperti mahu menyembunyikan makanan tersebut.
https://vt.tiktok.com/ZSe4uVdbR/
Di dalam video yang dikongsikan ini, pemilik kucing itu berkongsikan reaksi kucingnya itu sebaik sahaja melihat bungkusan makanan itu. Kebiasaannya, kucing akan mengorek pasir semasa mereka ‘membuang’ untuk menimbus najis mereka.
Tetapi lain pula yang dilakukan kucing ini apabila dia cuba untuk menimbuskan makanan pemiliknya yang dihidunya ini. Lebih melucukan, turut dapat dilihat gaya kucing itu yang bersungguh-sungguh cuba menyorokkan makanan tersebut.
Malah pemiliknya juga turut memarahi kucingnya itu yang dengan selambanya melakukan begitu pada makanannya. Namun ada juga netizen yang memberitahu mungkin juga kucing itu hanya berniat mahu menyembunyikan makanan itu sahaja.
Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat reaksi spontannya ini. Malah ada yang berseloroh mereka juga pernah melalui situasi yang sama dengan kucing mereka sebelum ini.
“Biasa kucing macam tu dia nak sorokkan makanan tu untuk dia…”
“Dia tak nak tuan dia sakit kenyang tu…”
“Tu tanda dia suka makanan tu.”
“Muka melawan.”