Kucing cerewet tak nak makan, rupanya merajuk kena diet

Kucing cerewet tak nak makan, rupanya merajuk kena diet

Mempunyai kucing di rumah boleh dikatakan sama seperti menjaga anak kecil. Ada kalanya pemilik kucing terpaksa memantau pemakanan mereka sekiranya ada masalah kesihatan yang membimbangkan.

Sama macam yang dikongsikan pemilik kucing ini tentang gelagat kucingnya baru-baru ini. Gara-gara masalah kesihatan, kucing ini terpaksa mengikuti diet yang ditetapkan namun lain pula reaksi yang diterima.

@dcs451

jenuh la main dgn awang ni…cukup cerewet bab mkn..army ken diet army tau dakkkkkkk…x brapa hr nk jumpa doc ni oiii 😒

♬ original sound – zafirah – zafirah

Di dalam video yang dikongsikan ini, pemilik kucing ini memberitahu kucingnya terpaksa mengikuti diet kerana masalah pundi kencing yang dialaminya. Namun kucingnya itu tidak memberikan kerjasama dan tidak mahu makan makanan yang diberikan.

Bukan itu saja, pemiliknya juga turut memberitahu kucingnya itu sememangnya cerewet bab makanan. Apabila dia meletakkan makanan itu di hadapannya, kucing itu langsung tidak mahu menjamahnya.

kucing

Lebih melucukan, gelagat kucing itu yang duduk terkangkang sambil mendengar pemiliknya membebel itu turut menghiburkan netizen. Ada juga yang menganggap mungkin kucing itu sedang menunjukkan protes gara-gara makanannya yang diubah.

Meninjau di ruangan komen, netizen turut sama ‘geram’ dengan telatah comel kucing ini. Tidak kurang juga yang terhibur melihat telatah kucing ini yang sangat cerewet tentang makanannya.

“Terkangkang ko…”

kucing cerewet

“Jenuh army kena diet ja…”

diet

“Alahai merajuk pulakkk.”

komen

“Dah pandai protes ye budak ni tak nak dengar cakap…”

tik tok