Kucing badan belang bertopengkan Oyen, genetik ape ni?
Kucing adalah salah satu haiwan yang paling menghiburkan dengan personaliti mereka yang menarik dan sikap yang kadang-kadang membuat pemilik mereka mempersoalkan mengapa mereka memilih untuk memiliki kucing di rumah.
Kucing sering dianggap sebagai haiwan yang tidak boleh dijadikan kawan kerana sikap mereka yang suka menyendiri, namun dengan pemilik yang memahami, kucing boleh menjadi teman yang setia seperti anjing.
Selain itu, haiwan tersebut juga mempunyai rupa yang comel sekali gus dapat menjadi penyeri rumah dan pendamping yang menarik bagi pemilik mereka, lebih-lebih lagi jika kucing tersebut mempunyai bulu yang lebat, warna mata yang cantik, corak yang menarik atau keistimewaan lain yang tidak dimiliki kucing biasa.
KORANG PERNAH TENGOK OYEN TAK JADI TAK 😂 pic.twitter.com/d5SN1FEEXH
— FXTVT ◡̈ (@BVZZA) April 4, 2021
Biasanya warna bulu kucing adalah seragam satu badan, namun dalam beberapa situasi warna bulu kucing boleh berubah dari satu warna ke warna yang lain dalam fenomena genetik yang dipanggil sebagai chimera.
Chimera adalah situasi apabila sesuatu haiwan itu memilik dua jenis DNA membuatkan ia kelihatan seperti dua kucing bercampur menjadi satu.
Kucing yang digelar sebagai ‘Oyen tak jadi’ itu mempunyai badan belang hitam kelabu, dan muka berwarna Oren, membuat ramai terhibur.