KPDNHEP tangguh penggunaan pelitup muka bertanda MS SIRIM pada 1 Januari 2023

Mengambil kira maklum balas orang ramai, pewartaan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan yang dikuatkuasa 4 Julai depan ditangguhkan kepada 1 Januari tahun hadapan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, perbincangan telah dibuat untuk memberi peluang kepada industri dan pengguna bagi membuat penyesuaian, katanya.
Pengguna fikir mungkin berlaku kenaikan harga pelitup muka namun SIRIM QAS International Sdn Bhd telah memberi jaminan akan mengenakan caj yang rendah kepada pengimport dan pengilang, katanya.
Dalam pada itu, Alexander berkata, pelitup muka yang berasaskan fabrik juga dalam kategori yang sama dan perlu mendapat pengesahan dari SIRIM.