“Koyak ya” – Kanak-kanak P4le5t1n ‘membahan’ askar I5r4eL secara berdepan

“Koyak ya” – Kanak-kanak P4le5t1n ‘membahan’ askar I5r4eL secara berdepan

Perkataan ‘koyak’ sudahpun ada dalam  kamus online, Urban Dictionary yang didefininasikan sebagai slanga Malaysia bagi menggambarkan perasaan seseorang yang berasa terkesan atau sedih selepas dikutuk atau dikertawakan.

Di media sosial, kebanyakkan rakyat Malaysia menggunakan perkataan ‘koyak’ ini kepada Israel selepas negara pengganas itu melakukan penindasan kepada rakyat-rakyat Palestin sehingga menyebabkan beratus kematian berlaku.

Menurut seorang pengguna Twitter, dia berkongsi satu video yang menunjukkan kanak-kanak Palestine menggunakan perkataan ‘koyak’ untuk membahan Askar Israel secara depan-depan. Seriuslah?

Salah seorang kanak-kanak dalam video tersebut didakwa menyebut perkataan yang berbunyi seakan-akan ‘koyak’. Korang dengar tak?

Walaubagaimanapun, ianya tidak pasti sama ada kanak-kanak tersebut betul menggunakan perkataan ‘koyak’ yang disebut-sebut kita ataupun memang bahasa mereka ada yang berbunyi macam itu dengan maksud yang berbeza.