Kongsi video tiba di Jakarta, netizen suruh Baby Shima pindah duduk sana “jangan balik Malaysia lagi”

Kongsi video tiba di Jakarta, netizen suruh Baby Shima pindah duduk sana “jangan balik Malaysia lagi”

KECAMAN dan Baby Shima cukup sinonim sehinggakan penyanyi dangdut itu sudah lali apabila ramai yang kurang senang dengan perkongsiannya di laman sosial

Terbaharu, Shima kembali menjadi sasaran apabila dia diminta untuk tidak lagi kembali ke Malaysia selepas memuat naik video tiba di Jakarta bagi memenuhi tuntutan kerja di negara itu.

Membaca komen yang ditinggalkan, Shima memberitahu hanya mampu tergelak kerana baginya sokongan peminat adalah lebih penting.

shima 2

Shima sudah lali terima kecaman.

“Bukan sekali orang beri komen negatif. Apa lagi saya boleh buat? Apabila baca komen-komen tersebut, saya hanya tergelak.

“Mereka kecam di media sosial, tetapi apabila saya hadir buat persembahan ramai juga yang mendekati dan ambil gambar.

“Undangan nyanyian di Malaysia pun masih banyak,” katanya

Terdahulu, Shima tiba di Jakarta pada Jumaat bagi menyambung kembali kerja-kerja di negara itu yang tertangguh lebih dua tahun akibat pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menerusi ruangan komen dalam video yang dimuat naik, Shima menerima pelbagai komen pedas yang meminta dia terus menetap di Indonesia.

“Harap-harap dia tak datang Malaysia dah.

Mereka kecam di media sosial, tetapi apabila saya hadir buat persembahan ramai juga yang mendekati dan ambil gambar

BABY SHIMA

PENYANYI

“Duduk diam-diam dekat sana. Jangan balik sini lagi. Aku merayu sangat.

“Baguslah tu. Jangan balik Malaysia,” komen netizen.

Sementara itu bercakap tentang perkembangan kerjaya di sana, kata Shima dia bakal terlibat dengan beberapa program promosi selain perancangan untuk menyiapkan muzik video lagu baharunya yang sudah lama di siapkan.

Akhirnya pulang ke rumahku Indonesia

Dua tahun tertangguh, Shima kini mahu teruskan kerjaya di Indonesia.

Shima yang bernaung di bawah syarikat pengurusan Nagaswara di Indonesia akan terus menerima undangan menyanyi di Malaysia dan sedia untuk berulang-alik demi tuntutan kerja.

“Dua tahun saya tidak ke Indonesia. Banyak kerja tertangguh yang perlu saya siapkan. Lagu baharu juga sudah lama dirakam namun belum sempat untuk lakukan penggambaran muzik video.

“Saya masih lagi menerima undangan menyanyi di Malaysia, jadi rasanya perjalanan seni kembali sebelum tempoh pandemik di mana saya akan berulang-alik untuk urusan kerja,” jelasnya.