Kongsi rezeki, Amir Raja Lawak bayar zakat

Kongsi rezeki, Amir Raja Lawak bayar zakat

Tindakan pelawak, Amir Raja Lawak berkongsi mengenai pembayaran zakat di Pusat Pungutan Zakat (PPZ) meraih pujian ramai pengikutnya di laman Facebook.

Menerusi perkongsian tersebut, Amir atau nama penuhnya Mohammad Amirullah Azmi dilihat sedang berurusan di kaunter PPZ di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Amir berkata, dia bersyukur atas kurniaan rezeki diperolehi sepanjang tahun 2022 dan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyokong perniagaannya selama ini.

“Alhamdulillah. Syukur di atas rezeki pada tahun 2022 ini Terima kasih kepada berkongsi rezeki kerja seni dengan saya.
“Juga mereka yang sokong bisnes Air Jagung Amirreka HQ dan bisnes bundle Amirreka Garment – Bundle Diver saya pada tahun ini ye,” tulis pelawak berusia 33 tahun itu.

Sementara itu, dia turut berharap agar tahun 2023 dapat mempunyai peluang untuk berkongsi rezeki lagi khususnya kepada golongan yang memerlukan.

“Tahun 2023 saya doakan agar saya dapat berkongsi rezeki lebih lagi supaya lebih ramai yang dapat manfaat.. amin inshaAllah.
“Air jagung, inshaAllah saya akan start niaga balik awal tahun sebab nak selesaikan beberapa hal dan nanti saya akan buka untuk ejen juga. Apa-apa saya kemas kini ya,” katanya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet memuji tindakan Amir sekali gus menggalakkan umat Islam mengeluarkan zakat selain mendoakan pelakon filem Hantu Bonceng 2.0 itu dimurahkan rezeki.

Alhamdulillah.. moga murah rezeki

Terus maju jaya dalam bisnes!

Sumber: Facebook Amir Raja Lawak