Kongsi gambar ucapan mengundi hitam putih, Ryzal Duriankimchi dikecam netizen

Kongsi gambar ucapan mengundi hitam putih, Ryzal Duriankimchi dikecam netizen

Pelbagai ragam rakyat Malaysia dapat dilihat menjelang hari pengundian sejak beberapa waktu kebelakangan ini apabila ramai teruja untuk keluar menjalankan tanggungjawab bagi Pilihan Raya Umum 15 (PRU15).

Para selebriti dan juga influencer di media sosial juga tidak ketinggalan untuk meninggalkan pesanan kepada pengikut supaya keluar mengundi bagi memilih pemimpin yang akan mentadbir negara.

Posting buat takut je

Namun, perkongsian seorang influencer yang terkenal dengan saluran DurianKimchi di YouTube telah membuatkan kenalan dan para peminatnya hampir ‘gugur jantung’ melihat gambar yang dimuat naik di Instagram.

Menerusi Instagram Ryzal Ibrahim, dia telah menaikkan gambar hitam putih dengan tulisan jawi memberitahu akan keluar mengundi pada keesokan hari.

 

Perkongsian itu sama persis seperti memaklumkan tentang kematian seseorang dan jika warganet tidak membaca sepenuhnya, sudah tentu memikirkan sesuatu yang tidak baik sedang berlaku.

Bukan isu ‘baca sampai habis’

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terkejut dan mengecam tindakan Ryzal berbuat demikian kerana membuatkan mereka berasa kurang senang dengan gurauan tersebut.

 

Ada juga yang mengatakan bahawa kenyataan influnecer itu yang menyuruh warganet ‘membaca sampai habis’ sangat tidak sesuai kerana biasanya gambar sebegitu memang merujuk kepada pemberitahuan tentang kematian seseorang.

Keluar feed terus ingat dia dah meninggal

Buatnya orang2 tua tak tahu baca, risau salah anggap

Jaga la sikit sensitiviti, tak lawak kot

Bukan niat bergurau atau melawak pun

Walau bagaimanapun, Ryzal ada menulis di ruangan komen yang posting tersebut sama sekali bukan lawak ataupun gurauan. Ia adalah satu pesanan kepada semua supaya keluar mengundi dan tiada yang salah dengan penulisannya.

Oleh itu, dia meminta orang ramai supaya tidak memandang muat naik tersebut dari sudut negatif dan membaca terlebih dahulu sehingga habis sebelum membuat sebarang anggapan.

Sumber: Instagram ryzalibrhm