Komen pembaca berita tentang De Paula undang ketawa, “Luahan kekecewaan…”

Komen pembaca berita tentang De Paula undang ketawa, “Luahan kekecewaan…”

Bola Sepak adalah salah satu sukan yang popular di Malaysia, namun tidak pernah sekali pun pasukan tempatan kita berjaya melayakkan diri untuk bertanding dalam FIFA World Cup, baik dengan pemain tempatan yang handal mahupun pemain import.

Pada ketika ini pula sedang berlangsungnya perlawanan yang akan menentukan kelayakan pasukan-pasukan bola sepak bagi setiap negara dari seluruh dunia untuk menyertai Piala Dunia di Qatar tahun depan.

Walau bagaimanapun beberapa hari lepas pasukan Malaysia sekali lagi terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada impian mereka untuk melayakkan diri ke Piala Dunia 2022 selepas kecundang dalam perlawanan mereka dengan Vietnam untuk Piala AFC.

Rata-rata penonton meluahkan kekecewaan dengan prestasi penyerang import, Guilherme de Paula kerana didakwa tidak banyak membantu di padang dan ingin melihat pemain tempatan diberi peluang untuk beraksi.

“Arif Aiman patut main…”

Malah kekecewaan ramai itu turut diluahkan dengan lantang oleh seorang pembaca berita yang menyindir pemain Brazil itu kerana berlari lebih laju dalam meraikan gol pertamanya untuk Malaysia, berbanding ketika mengejar bola.

Komen jujur pembaca berita mengenai de Paula dalam laporan Buletin Utama itu mengundang ketawa ramai yang bersetuju dengan apa yang dikatakannya.

“malu woo kena kritik mcmni…”

“meluahkan perasaan kami ni…”

Walaupun begitu, kekalahan Malaysia dipercayai hanya kerana penalti yang diberi pengadil Jepun Sato Ryuji kepada Vietnam pada saat akhir walaupun pemain pasukan itu dilihat jatuh dengan sendiri.