Komen pembaca berita tentang De Paula undang ketawa, “Luahan kekecewaan…”
Bola Sepak adalah salah satu sukan yang popular di Malaysia, namun tidak pernah sekali pun pasukan tempatan kita berjaya melayakkan diri untuk bertanding dalam FIFA World Cup, baik dengan pemain tempatan yang handal mahupun pemain import.
Pada ketika ini pula sedang berlangsungnya perlawanan yang akan menentukan kelayakan pasukan-pasukan bola sepak bagi setiap negara dari seluruh dunia untuk menyertai Piala Dunia di Qatar tahun depan.
Walau bagaimanapun beberapa hari lepas pasukan Malaysia sekali lagi terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada impian mereka untuk melayakkan diri ke Piala Dunia 2022 selepas kecundang dalam perlawanan mereka dengan Vietnam untuk Piala AFC.
Rata-rata penonton meluahkan kekecewaan dengan prestasi penyerang import, Guilherme de Paula kerana didakwa tidak banyak membantu di padang dan ingin melihat pemain tempatan diberi peluang untuk beraksi.
Total distance De Paula lari celebrate gol penalti ni lagi tinggi dari distance covered dia main 90 min match vs UAE.
— Khairil Anuar (@KhairilAnuar) June 11, 2021
De paula lari masa game ❌
De paula lari masa celebrate ✅— e1 🇲🇾🇵🇸 (@1khwanazmall) June 11, 2021
“Arif Aiman patut main…”
Aku nak tengok arif aiman, akhyar, nazmi dan luqman utk final game nanti. De paula tu kau hanyut kan ke laut merah. Masa celebrate boleh lari laju masa kejar bola mcm siput pkmak
— zwang (@hvzwvnfzn) June 11, 2021
Conclusion:
Arif Aiman should be played instead of Sumareh.
De Paula? Yeah, waktu celebrate gol je lari kuat, overall game hmmm….
Conceded too many fouls instead of shots on goal.
Give young players chance to play and shine.
— アジム 🇲🇾🇵🇸 (@azmrzk19) June 11, 2021
Malah kekecewaan ramai itu turut diluahkan dengan lantang oleh seorang pembaca berita yang menyindir pemain Brazil itu kerana berlari lebih laju dalam meraikan gol pertamanya untuk Malaysia, berbanding ketika mengejar bola.
Hahahaha siot juga buletin utama ni pic.twitter.com/lB18LxWkJw
— MustaqimMislahu (@KikiMUsam) June 12, 2021
Komen jujur pembaca berita mengenai de Paula dalam laporan Buletin Utama itu mengundang ketawa ramai yang bersetuju dengan apa yang dikatakannya.
“malu woo kena kritik mcmni…”
Kalau aku lah pengurusan bola sepak malaysia aku malu woo kena kritik mcmni. Kalau lah dia main lawan thailand nanti hm tah lah. https://t.co/7bhrFtLFgQ
— jejay (@FaizalAmirul96) June 13, 2021
HHAHHAHAHAHHA jahat ek tapi betul lah tu 🤣 https://t.co/4feQtywJ4g
— 🇲🇾🇵🇸 (@__zuhairaazr) June 13, 2021
“meluahkan perasaan kami ni…”
Terima kasih TV3 kerana meluahkan perasaan kami ni 🙂 https://t.co/p81sqklwbJ
— ذوالحلم (@zulhilmianizu) June 13, 2021
Hahahahahahahaha dia punya perlii tuu menusuk2 kalau dipola ni paham BM ..,🤣😂😂 kadang buletin utama ni kuat nganjing juga ..🤣 https://t.co/oJ8tn9Pdic
— PapaZoLa (@Papazola59) June 13, 2021
Walaupun begitu, kekalahan Malaysia dipercayai hanya kerana penalti yang diberi pengadil Jepun Sato Ryuji kepada Vietnam pada saat akhir walaupun pemain pasukan itu dilihat jatuh dengan sendiri.
nice foul reff ! 😌 #reffkayu #MalaysiavsVietnam #LOL pic.twitter.com/mEJSmHEh3f
— sʏᴀᴍɪʟ (@syamilzz4) June 11, 2021
Mom: Do you think that I fall for your trick? 😒
So guys, what do you think about Malaysia VS Vietnam match last night?
🎥Twitter / Astro Arena#memes #relatablememes #Flymemes #FlyFM #Malaysia #HarimauMalaya pic.twitter.com/fT359uT5Zt
— Fly FM 🇲🇾 (@FlyFM958) June 12, 2021
Im stuck with the comment section. HAHAHA#MalaysiavsVietnam pic.twitter.com/TuNsgrZGqs
— aarifahaan (@aarifahan) June 11, 2021