KKM ambil tindakan ke atas guard halang wanita masuk unit kecemasan pakai skirt

Menurut @elizanathaniel, dia telah dihalang masuk kerana memakai dress atas lutut tanpa lengan oleh pegawai keselamatan di sana.
Pegawai keselamatan di sana mengatakan skirt yang dipakainya itu terlalu pendek dan tidak sesuai.
Ada yang datang dengan skirt yang lebih singkat. Tapi saya dipanggil “Amoi kenapa pakai skirt, cepatlah amoi”. Ini kecemasan! KECEMASAN. Awak fikir saya boleh fikir ke apa yang saya pakai masa ayah saya berada dalam kecemasan?”
Ekoran ini, pihak Hospital Selayang telah mengambil tindakan dengan memberikan teguran kepada seorang pegawai keselamatan yang menghalang wanita tersebut, lapor Malaysiakini.
I have been denied entry to see my dad in the Emergency Ward, not cause of Covid, noooo friends, not cause its not allowed (cause one person is allowed at a time) but BECAUSE I WAS DEEMED DRESSED INAPPROPRIATE. I wore a shift shapeless with sleeves AND JUST ABOVE THE KNEE…. pic.twitter.com/MIwRyWJvJ1
— Eliza Nathaniel (@elizanathaniel) March 16, 2022
Selain itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut berharap agar kejadian seperti ini tidak lagi berulang dan dapat diselesaikan melalui komunikasi yang sesuai.
Jabatan Keselamatan Hospital Selayang telah mengambil tindakan penambahbaikan dgn memberi teguran kpd pengawal keselamatan tersebut agar mengamalkan tatacara komunikasi yg sesuai ketika berurusan bersama pesakit mahupun waris agar perkara yang sama tidak berulang di masa hadapan.”