Loloni Kelate paling rendah skali ambik booster, ambo rusing, ICU sana koho penuh. Ambo mitok sangat puok kita di Kelate pakat cocok vaksin & booster.

@KKMPutrajaya saye ore Kelate. Pakat gi cocok deh.”

Selain itu, Menteri Kesihatan ini turut kongsikan peratusan pengambilan booster bagi setiap negeri. Dari carta yang dikongsikan, dapat dilihat Kelantan merupakan negeri paling rendah dengan hanya 22.7% sahaja yang mengambik booster diikuti dengan Sabah (24.7%) dan Perlis (36.1%).

Ciapan Khairy dalam dialek Kelantan ini telah mencuit hati netizen dan pada masa yang sama turut memuji effort menteri ini untuk kecek Kelate walaupun loghatnya tak berapa betul.

Screenshot 2022 02 28 At 1.00.06 Pm Down

Harapnya lepas KJ dah kecek kelate ni makin ramailah orang Kelantan faham kepentingan booster ni.