“Kita tak pernah jumpa Siti Sarah, tapi gembira dengar dia makin pulih, sama menangis ketika pemergiannya”

“Kita tak pernah jumpa Siti Sarah, tapi gembira dengar dia makin pulih, sama menangis ketika pemergiannya”

Hari ini negara dikejutkan dengan pemergian seorang penyanyi terkenal dan isteri kepada pelawak terkenal, Siti Sarah Raissuddin. Allahyarhamah pergi menghadap Illahi selepas beberapa hari bertarung nyawa dengan virus Covid-19 yang ketika itu sedang hamil.

Pemergian Siti Sarah, benar-benar memberi kesan kepada orang ramai termasuk rakan-rakan artis dan peminat yang sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Siti Sarah. Walaupun tidak pernah bertentang mata, Siti Sarah bagaikan keluarga kita. Setiap saat kita ingin tahu apa keadaan terkini beliau.

Sama seperti apa yang diungkap Siti Suryani Yaakop yang mencoretkan satu coretan tentang dirinya dan kawan-kawan yang sangat cakna nak ambil tahu tentang info Siti Sarah bagaikan keluarga mereka sendiri yang sedang bertarung dalam wad. Hebatnya pemergian Siti Sarah.

Dalam grup whatapps sekolah rendah saya, hari-hari ada kawan tanya apa berita Siti Sarah. Bila masuk je mesej, berdebar masing-masing. Semua doakan Siti Sarah boleh sembuh.
Juga.
Saya tengok post Shuib setiap hari. Ramai sekali orang mendoakan Siti Sarah.
Ajaibnya.
Kita tak pernah jumpa Siti Sarah. Tak kenal rapat juga. Tapi begitu ramai yang mendoakannya. Yang buat solat hajat. Yang buat bacaan Yassin. Yang sama berdebar menunggu beritanya saban hari. Yang sama gembira dengar dia makin pulih. Yang sama menangis dengar sebarang prosedur yang dibuat padanya.
Saya kira.
Bukan semata-mata sebab Siti Sarah artis atau orang ternama. Ramai juga orang terkenal saban hari kita tahu juga dia sakit. Tapi tak tergerak nak punya rasa sedih dan sayu yang sama.
Sungguh.
Manusia kalau disayangi ramai ini mendatangkan ‘cemburu’ di hati saya. Selalu saya cari-cari apa yang mereka buat sehingga orang sayang sangat walaupun tak pernah jumpa.
Tapi.
Tak hairan juga. Kita semua tahu betapa susahnya Siti Sarah dan Shuib dulu. Kahwin pun takda majlis. Tapi Siti Sarah sabar dan setia. Sentiasa jadi sahabat baik suaminya. Jatuh dan bangkit sama-sama. Kalau suami kita panggil kita bidadari syurga, apalagi yang kita mahu. Cukup dah.
Kita nampak.
Siti Sarah sangat konsisten jaga auratnya beberapa tahun ini. Sikit-sikit sampai tutup terus dengan baik. Istiqomah kita lihat perjalanannya.
Dan saya tahu.
Bukan sikit Siti Sarah hadiahkan tudung produknya pada artis lain. Saya pernah lihat Nabila Huda pakai. Baru ni nampak Uqasha Senrose terima hadiah tu. Saya tak ingat siapa lagi pernah dapat. Tapi ramai. Kita juga tahu Siti Sarah tak pernah cakap kasar. Tak pernah kutuk dan komen orang di mana-mana media sosial yang ada.
Benar sekali.
Taat dan setia pada suami itu besar baik balasannya. Buat baik pada orang itu bukan sedikit ganjarannya. Di dunia lagi Allah sudah tunjuk contoh. Jadi baik itu balasannya baik juga.
Sungguh.
Kematian yang baik dan diiringi jutaan doa. Bukan Allah rezekikan untuk semua.
Innalillahiwainnailaihirojiun. Damailah kamu di sana. Terima kasih kerana tunjukkan kami tauladannya.

Sumber: Siti Suryani Yaakop