“Kita senyap tapi dipijak..”, Naim Daniel tak diam diri, individu biadap main ‘kepala bapak’

“Kita senyap tapi dipijak..”, Naim Daniel tak diam diri, individu biadap main ‘kepala bapak’

Dikenali sebagai seorang yang penyabar, namun kali ini pelakon Naim Daniel tidak dapat mendiamkan diri selepas seorang individu biadap yang menyentuh hal berkaitan dengan bapanya.

Malah pelakon hebat tersebut turut berkongsikan tangkap layar perbualan diantara dia dan individu tersebut di laman media sosial Instagramnya semalam.

Ada masa kita senyap, tapi dipijak. Kata sesetengah orang, jadi artis/selebriti itu perlu kebal, tahan maki, tahan kecam. Walhal mereka lupa, kita sama-sama manusia.

 

Tambahnya lagi, dia bukan seseorang yang sering berkelakuan seperti itu ketika menggunakan media sosial, namun kali ini dia terpaksa kerana merasakan individu tersebut telah melampaui batas.

Sebelum ada yang komen kata ‘kau artis kenalah contoh yang baik’ saya nak ingatkan awal-awal, jangan pandai-pandai meletak sempedan antara artis dan mereka yang mengerjakan occupation yang lain.

naim danielSumber : Instagram Naim Daniel  

 

Dalam pada masa yang sama, Naim berkata dia akan memadam hantaran tersebut namun buat masa sekarang ini dia mahu dedahkan bahawa masih ada lagi masyarakat yang berperangai seperti itu.

SUMBER : Gempak